Saturday, 7 January 2017

Bila di uji Allah SWT

Mari berdoa bersama

Qurrat:
"Ya Allah..
Ajar hatiku untuk kuat apabila diuji...Ajar hatiku untuk rendah diri apabila dipuji. Ajar hatiku untuk istighfar selalu pada-Mu Ya Allah.

Terima kasih ya Allah..
Kerana kasih sayang-Mu dibalik setiap ujian..

Terima kasih ya Allah..
Untuk teguran-Mu dibalik setiap permasalahan.

Terima kasih ya Allah..
Kerana mengingatkan diriku bila aku lalai dari tujuan.

Terima kasih ya Allah..
Kerana banyak mengajar diriku erti Bersabar dalam Diam.."


Ada sebuah kisah yang hana mahu kongsi bersama-
Kisab para sahabat....
Ibnu Qofif seorang yang suka hadir diri ke Masjid 5 waktu walaupun dia dalam keadaan sakit, sampai suatu ketika orang kata kepada beliau "wahai Ibnu Qofif, tak payah la mai ke masjid dah kalau engkau tak sihat, rehat la dirumah!" Apa kata Ibnu Qofif?
"Kalau engkau mendengar seruan Azan Haiya Alas solah, dan tak nampak aku di dalam Masjid, carilah aku di KUBUR"
Allahurobbi...

Yang baik itu dari Allah SWT